KERTAS QUDUS
Kertas Qudus merupakan kertas yang diperbuat daripada lembaran-lembaran Al-Quran lama yang sudah tidak digunakan lagi. Kertas Al-Quran lama ini akan diproses semula untuk menjadi kertas baharu dan diwarnai serta dilukiskan dengan pelbagai corak pilihan untuk menjadikannya lebih menarik. Proses untuk menghasilkan kertas Qudus ini telah dilampirkan dibahagian akhir penulisan ini.
Kepelbagaian corak serta motif yang digunakan untuk melukis di atas kertas ini adalah berdasarkan motif-motif yang terdapat di dalam Al-Quran. Motif ini akan dilukis terlebih dahulu diatas 'Tracing Paper' untuk mendapatkan bentuk dan garisan yang sempurna.
Setelah itu, ia akan diwarnakan mengikut kesesuaian dan citarasa pewarna. Warna-warna yang digunakan adalah dari jenis Arcylic . Hal ini adalah kerana ia lebih menonjol dan mudah untuk diuruskan sekiranya terdapat kecomotan di atas kertas Qudus.
Gambar-gambar diatas merupakan hasil setelah kertas Qudus siap diwarnakan. Kertas Qudus mempunyai nilainya yang tersendiri. Sekiranya ia dapat dilukis dan diwarnakan dengan baik, harganya boleh mencapai ribuan ringgit. Hal ini kerana, setiap lukisan yang ditonjolkan mempunyai nilai seninya yang tersendiri. Ketelitian yang diberikan untuk menghasilkan kertas ini adalah sangat tinggi dan memerlukan kerja tangan yang mahir.
Proses Penghasilan Kertas Qudus
Proses 1 : Merendam lembaran Al-Quran.
Proses 2 : Memasukkan lembaran Al-Quran yang telah lembut ke dalam pengisar.
Proses 3 : Mengisar lembaran Al-Quran sehingga hancur.
Proses 4 : Lembaran yang telah hancur dan dicampurkan dengan campuran air gam.
Proses 5 :Memasukkan campuran ke dalam pemidang.
Proses 6 :Menggeringkan cantuman kertas tersebut sehingga kering.











Comments
Post a Comment